![]() |
LAMAN
UTAMA | PERUTUSAN GURU BESAR | MISI
DAN VISI | PENTADBIRAN | KURIKULUM
| KOKURIKULUM | PIBG |
SEJARAH SEKOLAH |
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907, bermula
sebagai Sekolah Melayu Telok Bakong. Sekolah ini telah dibuka
di Kampung Paloh. Muridnya ada seramai 37 orang, yang terdiri
daripada lelaki sahaja. Guru Besarnya ialah En. Mohd Maarof
Bin Longgok. Beliau bertugas sehingga 13 Januari 1923.
Diatas inisiatif daripada Maharaja Dewa Uda Ibrahim, sekolah ini telah dirobohkan dan digantikan pula dengan sebuah bangunan yang baru diperbuat daripada batang pinang dan beratap nipah. Kemudian pihak pemerintah telah membina sebuah bangunan baru yang terletak di Telok Bakong. Murid-muridnya adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan. Antara Guru Besar yang pernah bertugas disekolah ini ialah En. Mohd Tawi B. Hj. Abas (13 Januari 1923 hingga 13 November 1942) dan En. Abdullah Sham (14 November 1942 hingga 1 Febuari 1943). Sekolah Melayu Telok Bakong kemudiannya telah di asingkan menjadi dua buah sekolah lelaki dan perempuan. Guru besar sekolah lelaki ialah En. Mohd Wahid B. Othman (3 Febuari 1943 hingga 8 Januari 1950), En. Mohd Yunus B. Ibrahim (9 Januari 1950 hingga 11 Januari 1951), dan Tn. Hj. Yp. Shahidan. B. Pjg Kolah (12 Januari 1951 hingga 1 Januari 1954). Guru Besar sekolah perempuan ialah Pn. Chah Bt. Alang Mat (2 Januari 1949 hingga 15 April 1960) dan Pn. Sh. Noriah Bt. Syed Ahmad (18 Mei 1960 hingga 28 Januari 1962). 1953 - SRJK Inggeris telah ditubuhkan dan menumpang buat
sementara di bangunan sekolah melayu. Pada tahun 1975, sekolah ini mempunyai lokasi seluas lima ekar dan turut didirikan bangunan konkrit. Bangunan konkrit ini telah dirasmikan pada hari Khamis, 19 Februari 1976 oleh Yang Berhormat Dr. Mahathir bin Mohamed, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta. |